Tip:
Highlight text to annotate it
X
MANIK GUPTA: Ahli kartografi terdahulu sentiasa menumpukan kepada membolehkan orang pergi dari
titik A ke titik B. Peta dibuat untuk orang yang meneroka. Orang yang menjelajah
dari satu negara ke negara lain menaiki kapal dan mereka memerlukan peta sebagai panduan. Tetapi jika anda
lihat pada perkara yang berlaku sepanjang beberapa tahun lalu, kita semua sebenarnya telah menjadi peneroka.
Mungkin kita tidak menavigasi dunia dengan menaiki kapal selama 6 bulan dan menemui
dunia baharu, tetapi kita cuba untuk menemui dunia mikro ini di sekeliling kita.
PETER BIRCH: Peta Google sebenarnya – jika anda memikirkannya – ialah pemetaan untuk era moden.
MICHAEL WEISS-MALIK: Peta lama ialah pada kertas yang rata. Peta ini dilipat dan disumbat
ke dalam peti simpanan anda. Peta sekarang dinamik, hidup, interaktif dan diperibadikan
untuk anda, jadi peta ini memberikan anda perkara tersuai seperti arah dari tempat anda berada ke tempat yang anda tujui.
CHIKAI OHAZAMA: Apabila kami menghasilkan Peta Google, teknologi ini sebenarnya
tidak pernah wujud sebelum ini. Anda tidak perlu klik dan tunggu untuk menyorot peta. Anda cuma
seret dan gerakkan peta merata-rata pada penyemak imbas web. Orang ramai belum pernah melihatnya sebelum ini.
BRIAN MCCLENDON: Kami memanggilnya peta licin, tapi sebenarnya, sifatnya yang amat bertindak balas ini
yang membolehkan orang berinteraksi dengannya dan sifat ini benar-benar mengubah cara orang menggunakan peta.
Kemudian, kami tambah imejan satelit yang membuat orang ingin melawat tempat yang tidak pernah mereka sampai
sebelum ini, supaya mereka dapat melihatnya buat pertama kali.
PETER BIRCH: Kami juga menambah Paparan Jalan yang menjadikan anda biasa dengan tempat
yang akan anda lawati atau mungkin lawati.
LUC VINCENT: Paparan Jalan sebenarnya idea Larry. Pada pendapatnya, terdapat banyak
maklumat menarik dalam imejan yang diambil pada tahap jalan dan beliau fikir bahawa
mungkin menarik sekiranya kamera diletakkan pada kereta, dipandu merata-rata dan kemudian menyusun
maklumat ini. Hakikatnya, agak susah melakukannya. Kami buat kamera kami sendiri dan kami telah
benar-benar dapat membuat perubahan yang besar dalam memperbaik platform ini
Dalam projek ini pada masa ini, kami mempunyai beberapa platform untuk mendapatkan imejan. Cara paling
biasa, pastinya kereta. Kini, kami juga ada kereta salji. Kami ada basikal roda tiga.
Basikal roda tiga ini kami letakkan di atas bot, kereta api dan baru-baru ini kami bawa teknologi Paparan Jalan
ke dalam gua, jadi kami cuba pergi ke mana sahaja.
MICHAEL WEISS-MALIK: Teknik yang Google gunakan ialah, kami amat hebat melekatkan kesemuanya
dan menghasilkan gambar besar keseluruhan planet yang anda boleh zum masuk dan keluar dengan lancar.
MANIK GUPTA: Matlamat kami pula ialah membina peta yang amat dinamik yang berubah mengikut perubahan
dunia di sekelilingnya. Jadi, pada 2008, kami melancarkan produk yang dipanggil Google Map Maker.
Produk ini membolehkan anda sebagai pengguna, mengedit dan menyumbang data peta kepada Google.
PETER BIRCH: Kami amat bergantung kepada pengguna kami untuk membantu meningkatkan peta kami. Jika perniagaan
setempat ditutup, orang yang tinggal berhampiran akan mengetahui mengenainya terlebih dahulu dan kami boleh
memastikan perubahan itu dikhabarkan kepada semua orang.
CHIKAI OHAZAMA: Peta pada telefon merupakan perkara yang memang kami ingin lakukan. Inilah
salah satu perkara yang ketara. Satu perkara utama apabila anda keluar ialah mengetahui
di mana anda berada dan tempat yang anda tujui.
MANIK GUPTA: Peta Google pada Android misalnya, mempunyai navigasi pemanduan belok demi belok yang amat membantu.
SEBASTIAN THRUN: Tetapi ramai antara kami yang menghabiskan banyak masa dalam bangunan dan bukan di luar
bangunan. Jadi, dalam ruang pemetaan, kami memainkan peranan penting memastikan Peta Dalam Bangunan berfungsi.
BRIAN MCCLENDON: Kami dapat memetakan beratus-ratus peta pusat beli-belah dan perniagaan di Amerika Syarikat dan Jepun.
Harapan kami ialah: satu ketika pada masa hadapan, setiap ruang awam di Amerika
Syarikat dan seluruh dunia dipetakan dan anda boleh menempatkan diri sendiri dengan tepat
apabila anda berjalan dengan telefon bimbit anda di dalam bangunan tersebut.
CHIKAI OHAZAMA: Amat menakjubkan apabila saya keluarkan telefon saya dari poket dan mengatakan,
inilah dia. Inilah perkara yang kami impikan kira-kira 10-12 tahun lalu.
PETER BIRCH: Telah banyak yang kami lakukan dalam membuat model dunia, tapi hakikatnya, perjalanan kami
masih jauh. Matlamat sebenar yang kami tujui – mungkin agak tidak masuk akal – ialah kami ingin
membina semula dunia dalam 3D. Kami berterusan membuat pembaharuan untuk menjadikannya suatu kenyataan.
Contohnya, kami kini sedang membangunkan teknologi yang membolehkan kami membuat model bandar 3D sepenuhnya
dari imejan udara peleraian tinggi. Hal ini bukan setakat menjadikan liputan 3D kami lebih menyeluruh,
tetapi juga membolehkan kami membina arca dunia yang lebih realistik dan mengasyikkan.
Jelas sekali, membina peta untuk era moden ialah tugas besar, tetapi satu tugas yang benar-benar menjadi iltizam kami
dan kemajuan yang kami capai amat bagus sekali.